Langsung ke konten utama

AYAT HIFIZ || آيةالحفظ

آية الحفظ

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
.. وَلَا يَئُودُهُۥ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ ﴿2:255﴾

.. وَيُرْسِلُ عَلَيْكُمْ حَفَظَةً .. ﴿6:61﴾

.. إِنَّ رَبِّي عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ حَفِيظٌ ﴿11:57﴾

.. فَاللَّهُ خَيْرٌ حَافِظًا ۖ وَهُوَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ ﴿12:64﴾

لَهُۥ مُعَقِّبَاتٌ مِّن بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِۦ يَحْفَظُونَهُۥ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ .. ﴿13:11﴾

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُۥ لَحَافِظُونَ ﴿15:9﴾

وَحَفِظْنَاهَا مِن كُلِّ شَيْطَانٍ رَّجِيمٍ ﴿15:17﴾

وَجَعَلْنَا السَّمَاءَ سَقْفًا مَّحْفُوظًا .. ﴿21:32﴾

وَحِفْظًا مِّن كُلِّ شَيْطَانٍ مَّارِدٍ ﴿37:7﴾

.. وَحِفْظًا ۚ ذَٰلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ ﴿41:12﴾

.. وَرَبُّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ حَفِيظٌ ﴿34:21﴾

.. اَللَّهُ حَفِيظٌ عَلَيْهِمْ وَمَآ أَنتَ عَلَيْهِم بِوَكِيلٍ ﴿42:6﴾

وَإِنَّ عَلَيْكُمْ لَحَافِظِينَ ﴿82:10﴾ كِرَامًا كَاتِبِينَ ﴿82:11﴾ يَعْلَمُونَ مَا تَفْعَلُونَ ﴿82:12﴾

إِن كُلُّ نَفْسٍ لَّمَّا عَلَيْهَا حَافِظٌ ﴿86:4﴾

إِنَّ بَطْشَ رَبِّكَ لَشَدِيدٌ ﴿85:12﴾ إِنَّهُۥ هُوَ يُبْدِئُ وَيُعِيدُ ﴿85:13﴾ وَهُوَ الْغَفُورُ الْوَدُودُ ﴿85:14﴾ ذُو الْعَرْشِ الْمَجِيدُ ﴿85:15﴾ فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيدُ ﴿85:16﴾ هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ الْجُنُودِ ﴿85:17﴾ فِرْعَوْنَ وَثَمُودَ ﴿85:18﴾ بَلِ الَّذِينَ كَفَرُوا فِي تَكْذِيبٍ ﴿85:19﴾ وَاللَّهُ مِن وَرَآئِهِم مُّحِيطٌ ﴿85:20﴾ بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مَّجِيدٌ ﴿85:21﴾ فِي لَوْحٍ مَّحْفُوظٍ ﴿85:22﴾


Fadhilat

Barangsiapa yang mengamalkan membacanya, nescaya akan terselamat daripada segala bahaya walaupun dia tidur di tempat binatang buas atau di dalam hutan, dengan izin Allah.



Terjemahan

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara kedua (langit dan bumi serta isi keseluruhan)nya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. (2:255)

Dan Dialah Tuhan mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (yakni para malaikat yang menjaga dan menulis setiap sesuatu yang kamu lakukan). (6:61)

Sesungguhnya Tuhanku Maha pengawal dan Pemulihara tiap-tiap sesuatu. (11:57)

Sesungguhnya Allah sahajalah Penjaga yang sebaik-baiknya; dan Dia lah juga Yang Maha Mengasihani dari sekelian yang memiliki rasa belas kasihan. (12:64)

Bagi tiap-tiap seorang itu ada malaikat penjaganya, silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawasi dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. (13:11)

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. (15:9)

Dan Kami pelihara (urusan) langit itu daripada tiap-tiap Syaitan yang direjam. (15:17)

Dan Kami telah menjadikan langit sebagai bumbung yang terpelihara dan terkawal. (21:32)

Dan (Kami pelihara urusan langit itu) dengan serapi-rapi kawalan daripada tiap-tiap Syaitan yang derhaka. (37:7)

(Dan Kami hiasi langit yang dekat pada pandangan mata penduduk bumi dengan bintang-bintang yang bersinar cemerlang bagi) Kami memelihara langit itu dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha mengetahui. (41:12)

Dan (ingatlah) Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawasi tiap-tiap sesuatu. (34:21)

Allah sentiasa mengawasi tingkah laku mereka (dan akan membalasnya); dan engkau (wahai Muhammad hanyalah penyampai) bukanlah menjadi wakil yang menguasai soal (bawaan dan amalan) mereka itu. (42:6)

Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala pembawaan kamu; (82:10)

(Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), yang ditugaskan mencatat (setiap amalan kamu); (82:11)

Mereka mengetahui sepenuhnya apa yang kamu lakukan. (82: 12)

Tiada sesuatu diri juapun yang bebas, melainkan pasti ada malaikat yang ditetapkan menjaganya (baik keadaannya mahupun menyimpan catitan mengenai segala pembawaannya). (86:4)

Sesungguhnya azab Tuhanmu (terhadap orang-orang yang kufur ingkar) amatlah berat. (85:12)

Sesungguhnya Dia lah yang menciptakan (sekalian makhluk yang tiada) pada mulanya, dan Dia lah yang mengembalikannya (hidup semula sesudah mati). (85:13)

Dan Dia lah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Pengasih. (85:14)

Tuhan yang mempunyai Arasy yang tinggi kemuliaannya; (85:15)

Yang berkuasa melakukan segala yang dikehendakiNya. (85:16)

Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal (kebinasaan yang telah menimpa) kaum-kaum yang menentang (Rasul-rasul yang diutuskan kepada mereka)? (85:17)

18. (Mereka itu ialah kaum) Firaun dan Thamud (kaum Nabi soleh). (85:18)

19. (Kaummu wahai Muhammad, bukan sahaja menolak ajaranmu), bahkan orang-orang yang kafir itu terus tenggelam dalam keadaan mendustakan kebenaran; (85:19)

20. sedang Allah, dari belakang mereka, melingkungi mereka (dengan kekuasaanNya)! (85:20)

21. (Sebenarnya apa yang Engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; (85:21)

22. (lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Lauh Mahfuz. (85:22)

Wallahu A'lam...

Penulis:

M Aulia Hafidz Al-Majied, Lc.

Komentar