AYAT 1000 DINAR
وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُۥ مَخْرَجًا ﴿65:2﴾
وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُۥۤ ۚ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِۦ ۚ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا ﴿65:3﴾
Fadhilat
Barangsiapa yang mengamalkan membacanya, terutamanya selepas setiap solat fardhu; atau sekali selepas Solat Subuh dan solat Maghrib; atau hanya sekali sehari, nescaya tidak akan susah dia selama-lamanya, dan dimurahkan rezekinya dan diberikan kekayaan yang melimpah ruah, dengan izin Allah.
Terjemahan
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Dan barang siapa yang bertaqwa kepada Allah SWT (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah SWT akan mengadakan baginya jalan keluar (bagi setiap perkara yang menyusahkannya); (65:2)
Dan (Allah SWT juga akan) memberinya rezeki dari jalan yang tidak terfikir di fikiran atau tidak terlintas di hati. Dan barangsiapa pula yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah SWT, maka cukuplah baginya (Allah SWT untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah SWT tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (65:3)

Wallohu A'lam...
Penulis :
M Aulia Hafidz Al-Majied, Lc.

Komentar
Posting Komentar